Dalam satu Rancangan Khas TV8 yang disiarkan bersempena dengan Hari Kemerdekaan Ke 52 baru
baru ini, Bekas Yang Dipertuan Dewan Parlimen Senator YB Tan Sri Dato' Michael Chen Wing Sum ada
menyebut tentang persamaan diantara “Gagasan Satu Malaysia” yang diilhamkan Perdana Menteri
Malaysia YAB Dato Seri Najib dan Koncept Masyarakat bersatu padu(DADONG ) yang tersebut dalam
Rakaman Istiadat (Li Qi) yang ditulis oleh KONFUSIUS .
Memang apa yang dikatakan oleh Dato Seri Michael Chan adalah sangat benar .
Gagasan Satu Malaysia ,Rakyat diutamakan , pencapaiaan diutamakan yang diilhamkan oleh YAB Dato Seri Najib adalah berdasarkan 8 nilai murni yang mengandungi 1)Budaya Kecermelangan 2)Ketabahan 3)Rendah Hatii4) Penerimaan5)Kesetiaan6)Pendikan7)Integriti 8)MetriKorasi
Sementara” Masyarakat bersatu padu”(Tatong dalam bahasa china” yang diajar oleh konfusius ahli falsafah handal Bangsa Tionghua merujuk kepada satu keadaaan social yang , aman dan sentosa yang didirikan diatas nilai murni yang termasuk 1 metricoracy,2 Mengamalkan sikap amanah(Kesetiaan),3 Saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang budaya(Penerimaan,)4Keprihatinaan terhadap orang yang kurang upaya(rendah hati) ,5)Sanggup berusaha keras untuk pembangunan social (Ketabahan),6)Mementingkan pendidikan kanak kanak
7)Bersikap jujur dan tidak membazir (Integriti),8)Kea rah Pencapaian Masayarakat bersatupadu (Budaya Kecemerlangan)
Dalam buku nya yang bertajuk “Rakaman IStiadat” Confucious berpendapat Social berada pada landasan yang betul apabila semua mementingkan kepentingan bersama dan pentadbir mesti memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat.
Pegawai kerajaan mestilah terdiri daripada golongan berkebolehan dan beramanah, Pegawai kerajaan mesti ikhlas untuk membentuk satu masyarakat berbilang budaya yang harmoni.
Dalam satu masyarakat yang ditadbir dengan sempurna, orang tua meneruskan perjalanan hidup mereka sampai titik akhir penuh dengan maruah dan kegembiraan, orang dewasa yang sihat diberi peluang untuk bekerja dan menunjukkan kebolehan mereka, manakala anak diasuh dan dididik dengan baik.
Kriteria kiteria ini memang adalah secucuk dengan Gagasan Satu Malaysia , dimana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.
Orang yang kurang bernasib dan kurang berkeupayaan pula diberi jagaan. Setiap orang diberikan tugas dan dihormati, setiap keluarga hidup dengan sejahtera. Tidak ada orang yang suka membazirkan sumber pengeluaran dan juga tidak ada orang yang mahu menyorok sumber pengeluaran untuk mencari kekayaan.
Kriterial Kriterial ini memang tergantung dalam 8Nilai nilai SATU MALAYSIA ia itu Rendah diri dan Integriti
Mengikut Konfusius dalam Masyarakat yang Bersatu padu tidak ada orang yang enggan berusaha dan tidak ada orang yang berusaha semata mata untuk kepentingan diri sendiri saja. Masyarakat yang mempunyai ciri itu, digelar sebagai masyarakat yang bersatu padu.
Ini memang tidak berbedza dari ketabahan satu nilai yang penting dalam kebudayaan kecermelangan.
Sungguhpun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup dan adat resam yang lain , tetapi kita juga mempunyai nilai hidup yang sama yang membolehkan kita berganting bahu untuk mencapai matalamat kita yang mulia dalam keadaaan yang aman sentosa dan harmoni.
Tuesday, September 1, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)