Kerja pembinaan empangan Bakum sudah sampai ke peringkat hujung dan stesyen
Jana letrik Bakun dijangka akan mula beroperasi tidak lama lagi. Apakah implikasi
projek jana kuasa Bakun yang mampu menjana 2400 megawatt apablila beroperasi penuh
kepada kita? Adkah ini satu penanda yang menunjiukan bahawa kita mula menjejak
langkah ke arah Ekonomi Model baru yang antara nya mementingkan daya inovatif
dan kreatif sebagai langkah untuk meningikan taraf hiduf rakyat? Sebagaimana yang kita semua tahu tenaga adalah merupakan unsur yang penting dalam kehidupan harian , khas nya bagi negara pembuatan utama dunia seperti Malaysia. Untuk
makluman salah satu tarikan Malaysia kepada pelabur asing adalah Perkhidmatan
bekalan letrik Malaysia yang bukan sahaja murah tetapi juga paling stabil. Tarif letrik Malaysia adalah yang paling rendah dirantau ini akibat subsidi jumlah
besar yang diberikan oleh kerajaan ke atas bahan api. Tetapi masa kita dalam
keadaaan selesa kita pun mesti ingat panjang panjang , kita tidak boleh bergantung selama lama nya kepada subsidi. Perpatah china berkata jangan mengorek perigi hanya pada saat daharga. Kita perlu cari alternatif untuk mengelakan kita dari kegawatan, supaya negara dapat terus berkembang .
Pembinaan projek hydroletrik memang adalah sesuatu yang dilaksanakan berdasarkan prinsip Pembangunan berterusan (sustainable) dan Teknologi hijau. Air adalah
merupakan sumber tenaga yang boleh diperbarui, kerana hujan turun sepanjang tahun
dinegara kita.
Dengan siap nya projek bakun , letrik yang murah dan stabil dapat dibekalkan disini dan menarik pelabur asing dan tempatan untuk mendirikan industri .Ini seterusnya dapat menjana peluang pekerjaan dan menambah pendapatan Negara.
Selain daripada itu Empangan Bakun juga dapat berfungsi sebagai pencegah banjir pada waktu monsoon melalui sistem pengawalan airnya.Ini adalah baik untuk petani
petani yang menjalankan kegiatan pertanian dan penghuni yang duduk disekitanya .
Kerajaan yang cekap bukan sahaja mengambil berat terhadap kehidupan harian rakyat , tetapi juga mampu merancang dengan cara yang kreatif dan innovative untuk memastikan
Negara dapat terus berkembang dalam zaman yang penuh dengan saingan dan ketidakpastian
Thursday, August 12, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)