Thursday, July 8, 2010
Pe: Lawatan Belajar ke Negeri Terengaanu yang sungguh memafaatkan
Penulis: GOH HOE HOE perserta Kursus Proses Mediasai Batch 2009
Dodoi Manis ,Lekor Sedap,Obor Berapi
Muka semua berseri seri.
Kunjung mengungi eratkan Integrasi,
Sambil bawa rangsangan bagi ekonomi
Dari garisan ufuk terbit Matahari
Segala baik ,indah dan murni
Terdapat disini
Umur Panjang saya datang lagi
Ini adalah kali pertama saya melawat ke Negeri Terengannu.Saya bertolak dari Stesyen
Bas Putra Kuala Lumpur 1.30 Petang lepas kerja pada 2hb Julai 2010, menaiki Bus
Ekspress SANI ke Kuala Terengannu . Perjalanan ke Kuala Terengaanu mengambil masa
yang jam 8 Jam , namun sangat mempersonakan (enjoyable).Apabila Bas Melalui
Kawasan CHERATING , saya dapat menyaksikan permandangan pantai yang sangat
indah , pantai ini bersih , memanjang dan menghadapi LAUT CHINA SELATAN yang
meluas.Di PAKA kelihatan bangunan loji loji pemerosesan gas asli yang sangat luas.
Obor Api yang keluar dari chimney Loji Pemerosesan mengingatkan saya Negara kita
adalah salah satu pengeluar gas asli di dunia..Pada saya Obor Api ini adalah juga
lambang kemakmuran dan keperwiraan Negara Malaysia.
Saya berada di Permai Inn Kuala Terengannu selama empat hari untuk mengikuti Kursus
Proses Mediasi 20 langkah yang dianjurkan oleh Iklim (Institut Kamahiran dan Latihan
Integrasi Malaysia). Kursus empat hari itu sangat memberikan mafaat kepada perserta
perserta dari Lembah Kelang , Negeri Perak dan Negeri Terengaanu. Selain daripada
mengikuti syarahan yang diberikan oleh Pensyarah ,Dato Wan Halim , bekas pensyarah
sains sosial USM , semua peserta juga ada terlibat dalam perbincangan dan pengajiaan
kes. Bagi kami yang bakal jadi mediator ini adalah latihan yang sangat berkesan.
Dato Wan Halim , pensyarah kursus ini memang seorang yang mempunyai pelbagai
bakat , bukan sahaja pandai dalam sain sosial tapi juga pandai menyanyi , berjenaka ,
bermain musik dan menari.Selama empat hari beliau membimbing kami peserta kursus
dan orang tempatan belajar menari tarian Satu Malaysia di DEWAN YAYASAN
KELUARGA Terengganu. Mengikut orang tempatan mereka belatih menari di dewan itu
Setiap minggu.Bagi mereka program menari adalah program yang sangat menmafaatkan
mereka dari segi fizikal , mental dan sosial. Ada diantara mereka mengatakan program ini
membawa keceriaan dan keyakinan kepada mereka.
Kami juga difahamkan YAYASAN KELUARGA TERENGANNU adalah satu badan
berkanun yang sangat berjaya. Yayasan ini kini mengendalikan Pusat asuhan kanak
kanak yang terbesar di Malaysia , mejaga lebih daripada 200 orang kanak kanak termasuk
kanak kanak yang dua bulan besar. Yayasan ini Cuma mengenakan Yuran Asuhan 1Rm
kepada golongan berpendapatan rendah.Guru yang berkerja di YAYASAN KELUARGA
TERENGANNU adalah guru yang terlatih dan memiliki kelulusan peofesional , seperti
sarjana psychology pendidikan kanak kanak..
Waktu di Terenganu rakan kami dari Terenganu , Engku Mohamad , Puan Patimah dan
Haji Mohamad , pemberita Berita Harian Besut Terengganu sangat mesra terhadap kami
membawa kami melawat ke Tiga tempat Peranginan iaitu , kilang Batik , Pasar Paya , dan
Taman Termadun Islam.Dikilang batik saya mendapat peluang untuk membuat batik , di
pasar Paya saya banyak makan makanan tempatan seperti Lekor dan Cendul. Sementara
di Taman Termadun Islam kami dapat menyaksikan permandangan yang indah dan unik ,
Masjid Krystal yang Indah nampaknya terampung di tasik yang tenang.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Dato Wan Halim , penjawat penjawat dari
Jabatan Perpaduan dan Intergrasi , jabatan perdana menteri dan Rakan rakan dari Negeri
Tuan Rumah untuk menjayakan Kursus Proses Mediasi 20 langkah tahap 4 kali ini.
Dodoi Manis ,Lekor Sedap,Obor Berapi
Muka semua berseri seri.
Kunjung mengungi eratkan Integrasi,
Sambil bawa rangsangan bagi ekonomi
Dari garisan ufuk terbit Matahari
Segala baik ,indah dan murni
Terdapat disini
Umur Panjang saya datang lagi
Daripada GOH HOE HOE (Tel:0146608126)
Perseta Kursus Kemahiran Proses Mediasi Komuniti 20 langkah Zon tengah , Batch2009
Subscribe to:
Posts (Atom)