Sunday, September 5, 2010

Industri sawit perlu tangani pemboikotanBADRUL AZHAR MD SHARIF,The Australian National University,

2010/09/06
BADAN bukan kerajaan yang memperjuangkan alam sekitar seperti Greenpeace dan Friends of Earth sedang menjalankan kempen hebat untuk memboikot produk sawit di negara maju. Usaha ini perlu dikekang secara bijak agar ia tidak menjejaskan pembangunan negara. Pada masa sama, kerajaan dan pihak berkepentingan seperti syarikat perladangan dan agensi kerajaan perlu sentiasa berusaha dalam meningkatkan kelestarian industri sawit negara. Selain mencari keuntungan besar, keharmonian dengan alam sekitar perlu dijadikan teras utama dalam pengurusan ladang sawit di seluruh negara.

Hampir setiap malam di Australia, penonton televisyen dihidangkan dengan iklan yang menyebut, populasi Orang Utan di Malaysia dan Indonesia akan pupus menjelang 2015. Baru-baru ini, kempen yang sama diadakan di sebuah zoo di Adelaide, Australia. Selang sehari syarikat Burger King membuat keputusan menghentikan penggunaan minyak sawit. Kempen seumpama ini dijangkakan berpanjangan dan perlu ditangani segera.


Sertai komuniti Berita Harian login|daftar
Komuniti ↓ WAKTU SOLAT Kuala Lumpur

SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:51
13:15
16:19
19:18
20:28
... kawasan lain Isnin , 06 September 2010 Set BH sebagai Laman Utama Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991RSSMobileAkhbar DigitalSMS Alert1klassifiedsPILIHAN ENJIN CARIAN NasionalSukanDuniaEkonomiAgamaHipRatuSuratRencanaPendidikanWilayahSasteraSkuadSisipanKlik KhasSurat Cetak . Emel Rakan . Industri sawit perlu tangani pemboikotan


2010/09/06
BADAN bukan kerajaan yang memperjuangkan alam sekitar seperti Greenpeace dan Friends of Earth sedang menjalankan kempen hebat untuk memboikot produk sawit di negara maju. Usaha ini perlu dikekang secara bijak agar ia tidak menjejaskan pembangunan negara. Pada masa sama, kerajaan dan pihak berkepentingan seperti syarikat perladangan dan agensi kerajaan perlu sentiasa berusaha dalam meningkatkan kelestarian industri sawit negara. Selain mencari keuntungan besar, keharmonian dengan alam sekitar perlu dijadikan teras utama dalam pengurusan ladang sawit di seluruh negara.

Hampir setiap malam di Australia, penonton televisyen dihidangkan dengan iklan yang menyebut, populasi Orang Utan di Malaysia dan Indonesia akan pupus menjelang 2015. Baru-baru ini, kempen yang sama diadakan di sebuah zoo di Adelaide, Australia. Selang sehari syarikat Burger King membuat keputusan menghentikan penggunaan minyak sawit. Kempen seumpama ini dijangkakan berpanjangan dan perlu ditangani segera. Namun penafian biasa yang dibuat oleh pihak industri sawit di Malaysia untuk mempertahankan kelestarian industri sawit negara setakat ini tidak mencukupi. Ini kerana taktik mengeluarkan kenyataan akhbar atau laman web mempertahankan industri sawit tanpa ada bukti saintifik yang menyokong hujah amat sukar diterima di negara maju.


Antara faktor kelemahan yang dimaksudkan ialah:
•Memberi kebenaran rasmi kepada penyelidik dari luar negara membuat kajian biodiversiti. Data dan analisis kajian itu kemudian disalahgunakan untuk menjatuhkan imej industri sawit negara dan juga Indonesia.
•Strategi promosi sawit yang kurang efektif tanpa bukti saintifik. Hujah bagi mempertahankan kelestarian industri sawit mesti disertakan dengan usaha penyelidikan dan konservasi. Pihak industri sawit perlu menyedari bahawa bagi memperbaiki nilai konservasi atau kelestarian mestilah disokong dengan usaha penyelidikan saintifik.

•Ketiadaan pensijilan bebas mengenai kelestarian indusri sawit. Industri sawit perlu mempunyai pensijilan mesra alam sekitar atau mesra hidupan liar yang ketat. Oleh kerana Malaysia adalah negara pertama yang berjaya dalam industri sawit maka Malaysia perlu menjadi negara pengeluar utama yang mempunyai pensijilan alam sekitar yang terbaik.

•Pembabitan saintis tempatan amat kurang dalam industri sawit negara. Di samping itu, pihak industri sawit tidak mempunyai individu yang sebenarnya berkepakaran dalam bidang pemuliharaan biodiversiti.


Saya yakin sekiranya promosi industri sawit negara disokong dengan usaha penyelidikan saintifik bagi membuktikan dan meningkatkan kelestariannya, usaha ini akan dapat mematahkan kempen NGO asing.

BADRUL AZHAR MD SHARIF,
The Australian National University,