Monday, April 25, 2011

Pemantauan gempa bumi yang lalu adalah bahagian yang sangat penting dalam proram janaan kuasa nukler

GOH HOE HOE
AJK ,MCA,Kawasan Kepong

Mengikut lapuran akbar Jepun , pada tahun 2009 seorang Pakar kajian gempabumi telah memberitahu kemungkingan akan berlaku tsunami besar di Daerah Tohoku (timur laut Jepun) yang menghadap Lautan Pasifik.Akan tetapi Syarikat bekalan letrik Tepco tidak mempedulikan amaran yang diberikan .Kini Tepco terpaksa bekeja kuat untuk menangtangi masalah kebocoran radiotif dari loji Jana Kuasa nya yang dirosakan oleh Tsunami.

Yukinobu Okamura, seorang pakar kajiaan gempa bumi yang terkemuka telah memberikan amaran pada Jun 2009 semasa menghadiri mesyuarat keselamatan loji jana letrik Nuklear yang dianjurkan oleh Kementerian Perdanganan dan Indastri Jepun
Okamura telah mengkaji Gempa bumi Jogan yang berlaku pada tahun 869 yang melanda daerah tohoku ,di timur laut Jepun dan menjumpai lapisan hakisan tanah yang disebakan oleh tsunami berdekatan dengan Loji Nukler 1 dan Loji Nukler 2. Okumura juga memberitahu yang Tsunami besar itu melanda kawasan itu setiap 450-800 tahun.
Oleh itu Okamura menyeru panel keselamatan loji nukler mengkaji semula keberkesanan langkah langkah keselamatan loji Nukler Syarikat Tepco.Tetapi syarikat tidak bersetuju untuk mengambil tindakan bagi mengkatkan taraf keselamatan loji nukler, kerana tidak menjankakan bencana teruk yang berlaku 1100 tahun akan berulang.
Kerosakan loji jana kuasa Nuklear telah memberikan dua perutsan yang penting , pertama pemantauan gempa bumi yang lalu adalah bahagianyang sangat penting dalam proram janaan kuasa nukler, kedua catitan sejarah memberikan data dan maklumat yang sangat penting untuk perancangan dan pembangunan.