Wednesday, May 6, 2009

HEAVEN AND EARTH IS FILLED WITH RIGHT SPIRIT

天地有正气 HEAVEN AND EARTH IS FILLED WITH RIGHT SPIRIT
千秋万古存 THAT EXISTS SINCE IMMEROABLE PAST AND CONTINUES FOREVER
为学以恒毅 WE STUDY WITH FIRM DETERMINATION
事业赖敬尊 CARRY OUT OUR DUTY WITH HIGH RESPECT
正义修身根 CULTIVATE OURVERVE BASED ON THE RIGHT JUSTICE
博爱处事本 LIVE UPON THE PRINCIPLE OF UNIVERSAL LOVE
正义连博爱 UPON THE PRINCIPLE OF RIGHT JUSTICE AND UNIVERSAL LOVE
立志作完人 I DETERMINE TO BECOME MAN OF INTEGRITY
钢铁的意志 UPON THE STEEL LIKE RESILIENCE
巩固的友情 UPON THE FIRM FRIENSHIP
崇高的理想 UPON THE NOBLE IDEAL
永恒的信仰 UPON THE ETERNAL BELIEVE

恒毅中学的校歌

我在www.1malaysia.com.my发表的 评论
YAB Dato Seri Najib
Selepas membaca article “integrity” saya teringat lagu sekolah menengah Heng Ee yang bertemakan “Integrity”

敬爱的纳吉总理
阅读过着文章后使我联想起我的母校恒毅中学的校歌。
天地有正气 SEMANGAT KEBENARAN YANG TERDAPAT DI DUNIA
千秋万古存WUJUD SEJAK BERIBU RIBU KURUN DAN AKAN KEKAl WUJUD UNTUK SELAMA LAMA
为学以恒毅MENGEJAR ILMU DENGAN KETABAHAN
事业赖敬尊MENJALANKAN TUGAS SECARA HORMAT DAN RENDAH HATI
正义修身根MENYEMPURNAKAN PERIBADI DIRI BERASASKAN PRINSIP KEBENARAN
博爱处事本 BERPEGANG KEPADA PRINSIP SIMPATI KASIH SAYANG DALAM HIDUP HARIAN
正义连博爱 BERDASARKAN PRINSIP SIMPATI DAN ASAS KEBENARAN
立志作完人 BERTEKAD UNTUK MENJADI MANUASIA YANG BERINTEGRITI BERDASARKAN
钢铁的毅志 KETABAHAN HATI YANG BAGAIKAN KELULI
巩固的友情PERSAHABATAN YANG ERAT
崇高的理想CITA AND HASRAT YANG TINGGI
永恒的信仰 KEPERCAYAAN YANG ABADI
恒毅校友吴和豪

Luahan harapan kepada नजीब ARKIB : 31/03/२००९ उतुसन Malaysia

ARKIB : 31/03/2009
Luahan harapan kepada Najib
SAYA ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak kerana diberi mandat untuk menerajui UMNO dan bakal menerajui Malaysia. Saya adalah penghuni Kampung Kasippilai, Sentul. Kampung ini terkenal kerana Sektor Rukun Tetanga yang pertama ditubuhkan di kampung ini.

Sebagai seorang rakyat yang menghargai perpaduan saya ingin menyampaikan luahan hati saya kepada Najib yang bakal mentadbir negara.

- Pemimpin-pemimpin, wakil rakyat dan penyokong Barisan Nasional (BN) mestilah disepadukan dengan lebih erat supaya dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan berkesan kepada rakyat.

- BN mestilah mencari titik permulaan baru bagi meningkatkan usaha membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia serta membuat sumbangan yang lebih besar pada kurun ke-21. Ini boleh dilakukan berdasarkan pengalaman BN mentadbir Malaysia selama 50 tahun.

- Jangan kita lupakan semangat tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan untuk Malaysia. Pemimpin-pemimpin yang terdahulu tahu kepentingan bagi mereka untuk berdialog dengan rakyat, berjuang bersama rakyat dan berkorban untuk rakyat.

- Kita mesti percaya keberanian yang tidak terhad, kebijaksanaan yang tidak terhad dan kekuatan tenaga yang tidak terhad adalah daya dorong politik. Semangat demokratik adalah nilai yang terpenting dalam politik.

- Di mana pun kita berada, kita mestilah berjuang berdasarkan tiga nilai murni yang penting iaitu kejujuran, kebersihan dan keadilan.

- Perubahan dunia adalah cepat ekoran globalisasi. Sebagai satu sistem yang terbuka Malaysia juga tidak terkecuali dari kesan arus globalisasi. Dalam era yang baru ini BN mestilah berusaha bersama-sama rakyat melalui tindakan dan pembaharuan yang wajar serta meningkatkan daya saing kita untuk mencapai kemenangan untuk semua.

- Pada abad ke-21, BN mesti berusaha untuk menegakkan negara Malaysia yang cergas dan dinamik. Pastikan pembangunan yang berterusan dengan mengutamakan modal insan.

- BN mesti menyakinkan setiap rakyat bahawa semua manusia mempunyai potensi yang tidak terhad. Semua orang boleh menjadi manusia yang cemerlang dan berinovatif melalui proses pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Modal insan adalah satu faktor yang tersangat penting bagi Malaysia untuk terus mencapai kecemerlangan di abad ke-21.

- Kita patut tahu bahawa hubungan sosial kita boleh diibaratkan sebagai bulatan-bulatan concentric (titik tengah sama) yang terus berkembang. Kehidupan keluarga tidak terasing dengan keadaan sosial tempatan, negara dan dunia.

Selama ini kita sudah buktikan yang kita orang Malaysia dapat hidup dalam muhibah dan bersatu padu di bawah budaya yang berbilang.

Ini adalah sumbangan terbesar negara kita kepada dunia. Dengan status cemerlang ini kita akan disanjung tinggi oleh negara-negara lain dan terus memainkan peranan yang penting untuk memupuk semangat damai di dunia.

- Secara keseluruhan BN mempunyai falsafah politik yang baik. Ini penting kerana politik yang tidak berdasarkan falsafah dan ideologi akan menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat dan menyebabkan kemelesetan ekonomi negara. Politik yang tidak relevan dengan kehidupan rakyat akan menyebabkan rakyat sesat arah.

- BN perlu membuat perubahan dan pembaharuan sejajar dengan peredaran masa untuk memastikan kita terus mencapai kecemerlangan pada abad ke-21.

Tetapi janganlah kita lupakan falsafah baik yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin waktu kita mencapai kemerdekaan. Politik yang tidak berdasarkan falsafah dan ideologi baik akan menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

GOH HOE HOE

Kuala Lumpur

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0331&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm&arc=hive