GOH HOE HOE
Kepong
NOVEL Sandera yang dikarang oleh Arenawati dan Keluarga Gerilya yang dikarang oleh Pramoedya Ananta Toer adalah dua buah karya yang saya baca sewaktu saya belajar di sekolah di Pulau Pinang.
Melalui pembacaan dua buah karya itu saya boleh tahu perbezaan di antara kemerdekaan Indonesia dan kemerdekaan Malaysia. Kemerdekaan Indonesia dicapai melalui pertempuran senjata, kemerdekaan Malaysia dicapai secara damai melalui pena.
Pencapaian kemerdekaan melalui perjuangan senjata telah membawakan banyak penderitaan dan kesusahan kepada rakyat Indonesia. Kewujudan Partai Komunis Indonesia (PKI) sebagai parti politik yang sah selepas kemerdekaan juga membawa banyak masalah sosial seperti perang saudara di Republik Indonesia.
Keadaan Indonesia tidak stabil dan pemimpin negara tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembangunan negara.
Selain Indonesia, negara-negara ASEAN lain yang pernah dijajah mendapat kemerdekaan seperti Vietnam, Laos, Kemboja, Filipina melalui pertempuran senjata dan mengalami pelbagai masalah seperti perang saudara selepas kemerdekaan.
Malaysia pula adalah negara yang sangat bernasib kerana di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, kita mencapai kemerdekaan secara damai dan menjadi negara yang bangun dengan pesat di dunia.
Merdeka mempunyai pelbagai maksud, ia bukan sahaja bermaksud negara bukan lagi di bawah penjajahan British, tapi ia bermaksud kita dapat menentukan destinasi diri kita, merancang sendiri untuk kemakmuran masa depan.
Apa yang dianggap tidak mungkin dulu sekarang terbukti kita boleh lakukan.
Bangunan Menara Berkembar KLCC, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang, Angkasawan Malaysia akhirnya menjadi kenyataan.
Kemerdekaan membawa manfaat kepada semua termasuklah kepada Mat Sabu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Mereka perlu kenang budi kepada tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan.
Kalau bukan jasa-jasa Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Sambanthan, mampukah mereka (generasi berikut termasuk pembangkang) menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Menteri?
Kalau kita capai kemerdekaan melalui pertempuran senjata, mampukah kita jadi salah sebuah negara pengeksport utama di dunia dan model contoh bagi dunia?
Kata-kata Mat Sabu yang memperlecehkan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan itu bukan sahaja satu ejekan kepada rakyat dan negara Malaysia, malah satu penafian kepada jasa-jasa semua tokoh yang membawakan keamanan kepada dunia.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
Monday, September 5, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)