Tuesday, April 20, 2010

Iktiraf sijil sekolah swasta Cina

Goh Hoe Hoe Apr 18, 10 10:52am

Saya amat berharap kerajaan akan memberikan pengitirafan kepada UEM (sijil peperiksaan umun sekolah swasta aliran Cina) secepat mungkin untuk membolehkan penuntut penuntut dengan kelulusan UEM yang sesuai masuk ke universiti tempatan dan berkhidmat untuk negara.

Untuk makluman, semua kelulusan ini telah menerima pengitirafan oleh banyak universiti di luar negara khususnya di negara-negara Asia, Britain, Amerika Syarikat dan Australia.

Ada ramai di kalngan lulusan UEM meneruskan pelajaran di luar negara dan selepas itu terus berkhidmat di negara yang berkenaan.

Kebelakangan ini lebih 300,000 rakyat Malaysia dengan kelayakan professional telah berhijrah ke luar negara. Ramai daripada mereka termasuk lulusan UEM yang belajar di luar negera.

Aliran keluar lebih 300,000 golongan profesional adalah sesuatu yang memeranjatkan, kerana ia membawa implikasi keluaran wang dan bakat dari negara kita yang mampu menjejaskan ekonomi Malaysia.

Antara punca utama yang menyebabkan lulusan UEM yang berhijrah ke luar negara ialah kerana sijil kelulusan UEM tidak diberikan pengitirafan oleh kerajaan Malaysia.

Sebenarnya, Malaysia mempunyai kelebihan dari segi geografi, suasana sosial dan politik untuk menarik bakat dan golongan professional ke sini dan menjadikan Malaysia pusat pendidikan dan penyelidikan yang terkemuka di dunia.

Selain pelajar Malaysia yang menutut di sekolah swasta bahasa Cina, terdapat juga pelajar dari Indonesia, China, Taiwan, Jepun dan Korea.

Tetapi keadaaan yang kurang memuaskan ialah penuntut luar negera yang belajar di sekolah swasta Cina, tidak dapat meneruskan pelajaran mereka di negara ini selepas tamat persekolahan menengah atas mereka di Malaysia, kerana sijil UEM tidak diiktiraf oleh kerajaan.

Ini secara tidak langsung menyebabkan matawang asing dan bakat mengalir ke luar Negara

Pengingtirafan sijil UEM juga dapat menjana punca ekonomi baru kepada negara.

Jika UEM diitiraf, ada kemungkinan yang perbadanan yang mengusahan sekolah swasta Cina menubuhkan kampus mereka di luar negera dan dengan ini juga boleh kita mengembangkan penggunaan Bahasa Kebangsaan Malaysia di negara-negara lain.

Pada awal tahun kita mencapai kemerdekaan, Malaysia terkenal sebagai pusat pendidikan di rantau ini.

Ramai pelajar dari Thailand , Indonesia, Singapura dan Filipina datang ke Sekolah Menengah Chung Ling di Pulau Pinang untuk belajar.

Kami berharap kegemilangan ini dapat dicapai semula dengan pengitirafaan kelulusan UEM.

Kami juga berharap dengan pengintirafan kepada Sekolah Persendirian Cina dan Institut pengajiaan tinggi yang diusahakan oleh jemaah pengelola Institut Pendidikan Cina (Dong Jiao Zhong) dapat memainkan peranan penting untuk mentransfomasikan ekonomi negara ke Ekonomi Model Baru.

No comments: