Thursday, April 15, 2010

Pengingtirafan Sijil UEC

GOH HOE HOE ,Ahli Jawatan Kuasa MCA Kepong
Saya amat berharap Kerajaan akan memberikan pengitirafan kepadaUEM (Sijil Peperiksaan umun sekolah swasta aliran china) secepat mungkin untuk membolehkan penuntut penuntut dengan kelulusan UEC yang sesuai masuk ke Universiti Tempatan dan berkhidmat untuk Negara. Untuk maklumat semua kelulusan ini telah menerima pengitirafan oleh banyak university di Negara Asia , British , Amerika dan Australia .Ada ramai diantara mereka dengan kelulusan UEC meneruskan pelajaran diluar negeri dan selepas itu terus berkhidmat di Negara yang berkenaan. Kebelakangan ini lebih 300000 rakyat Malaysia dengan kelayakan professional telah berhijrah ke Negara , ramai daripada mereka dengan kelulusan UEC yabg belajar di luar negeri juga termasuk dalam golongan yang berhijrah ke luar negeri. Aliran keluar 300,000 profesional adalah sesuatu yang memeranjatkan, kerana ia membawa implikasi keluaran wang dan bakat dari Negara kita yang mampu menjejaskan Ekonomi Negara kita. Antara punca utama yang menyebabkan
mereka dengan UEC yang berhijrah ke luar Negara ia lah Kelulusan UEC tidak diberikan pengitirafan oleh kerajaan Malaysia.
Sebenar nya Negara kita Malaysia mempunyai kelebihan dari segi geography , suasana social dan politik untuk menarik bakat dan professional ke sini dan menjadikan Malaysia pusat pendidikan dan penyelidikan yang terkemuka di dunia. Kini mereka yang menutut di Sekolah Swasta bahasa China , selain daripada penuntut , juga termasuk penuntut dari Indonesia ,Benua China, Taiwan,Jepun dan Korea. Tetapi keadaaan yang kurang memuaskan ialah penuntut luar negeri yang belajar di sekolah swasta China , tidak dapat meneruskan pelajaran mereka di Malaysia selepas tamat persekolah menengah atas mereka di Malaysia, kerana sijil UEC tidak diitirafkan oleh kerajaan Malaysia. Ini secara tidak langsung menyebabkan matawang asing dan bakat mengalir ke luar Negara

Pengingtirafan Sijil UEC juga dapat menjana punca ekonomi baru kepada Negara Malaysia.Jika UEC diitiraf , ada kemungkinan yang perbadanan yang mengusahan sekolah swasta china menubuhkan kampus mereka diluar negeri , untuk mengespotkan pendikan Malaysia ke luar Negara dan dengan ini juga boleh kita mengembangkan penggunaan Bahasa Kebangsaan Malaysia di Negara Negara yang lain.
Pada awal tahun kita mencapai kemerdekaan , Malaysia terkenal sebagai pusat pendidikan dirantau ini , ramai penuntut dari Thailand , Indionesia, Singapura dan Filipin datang ke Sekolah Menengah Chung Ling di Pulau Pinang untuk belajar.Kami berharap Kegemilangan ini dapat dicapai lagi dengan pengitirafaan Kelulusan UEC .Kami juga berharap dengan pengintirafan ,Sekolah Persendirian China dan Institut pengajiaan tinggi yang diusahakan oleh Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia Tong Jiao ZHong) dapat memainkan peranan penting untuk mentransfomasikan Ekonomi Negara ke Ekonomi Model Baru Dan terusnya mengharumkan “SATU MALAYSIA” dipentas dunia.

No comments: