Monday, January 24, 2011
Cabaran di sebalik pelaburan asing yang melonjat
Pada pendapat saya pertambahan Pelaburan asing yang melonjat (quantum leap) pada tahun 2010 tidak harus nya dianggap sebagai hasil usaha tunggal kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Encik Lim Guan Eng.Daya pasaran dan suasana pelaburan yang menggalakan lah yang menjadi punca utama penambahan pelaburan yang melonjat itu. Saya juga berpendapat disebalik pertambahan pelaburan yang berganda itu terdapat juga cabaran yang besar. Sejak tahun kebelakangan Perindastrian electonik dan Telekomunikasi dunia mengalami transformasi yang besar , Negeri Pulau Pinang yang merupakan lembah Silikon(Silicon Valley) di negara ini juga tidak terkecuali dari kesan arus transformasi ini. Barangan elektonik dan telekomunikasi pada hari ini mempunyai pusingan hayat (life cycle) yang singkat , kepelbagaian yang luas. Pelaburan yang melebihi Billion untuk memperbaiki kelengkapan dan memperbagaikan pengeluaran oleh Pengilang Elektonik dan Telekomunikasi kelas dunia sudah nyata mencerminkan pasaran barangan eletronik dan telecomukasi yang cepat berubah. Menteri Perdagangan antarabangsa dan Industri Dato Dr. Mustafa ketika ditemurama baru baru ini mengatakan bahawa kekurangan Pekerja professional dan pekerja mahir adalah antara masaalah yang dihadapi oleh pelaburan asing dinegara ini. Oleh yang demikian kita mesti menggandakan usaha kami untuk menghasilkan pekerja mahir dan profesional untuk memastikan Indastri Hi Tech dinegara ini seperti Indatri Eletronik dan Telekomunikasi dapat terus berkembang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment