Sunday, October 10, 2010

पड़ी दिअतास bumbung

Pernahkah anda dengar, padi ditanam di atas bumbung?
Di Malaysia sendiri, iaitu di Kedah, projek perintis menanam padi di atas bumbung telah dilaksanakan di Kompleks Jihad Membasmi Kemiskinan di Paya Pahlawan.

Berdasarkan petikan di bawah, projek ni mungkin telah dijalankan pada awal 1996 kerana Tan Sri Sanusi menjadi Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ketujuh pada tahun 1996 sehingga 1999.

Cadngan Tan Sri Dato’ Sanusi dibuat sejurus menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri dengan meminta Lembaga Pertanian Muda (MADA) menjalankan kajian dan percubaan mengenai projek berkenaan.

Setakat yang saya tahu sekarang ni, ada orang tanam padi atas bumbung di Cheras, nanti la, kalau betul dan ada gambar, saya akan letak di ini.

Bagi saya, macam tak praktikal saja nak tanam padi atas bumbung, sebab berapa luas kawasan bumbung? Sekali tanam, mungkin lepas harvest, beras mampu bertahan selama setengah bulan saja.


Projek perintis menanam padi di atas bumbung kini sedang dilaksanakan di Kompleks Jihad Membasmi Kemiskinan di Paya Pahlawan yang dijangka boleh dituai pada bulan Mac tahun depan.

Sekaligus idea Menteri Besar, YAB. Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid untuk mewujudkan Pusat Bacaan Rakyat (PUBARA) yang turut ditanam dengan padi di atas bumbungnya kini menjadi kenyataan.

Cadngan Tan Sri Dato’ Sanusi dibuat sejurus menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri dengan meminta Lembaga Pertanian Muda (MADA) menjalankan kajian dan percubaan mengenai projek berkenaan.

Kini padi jenis MR84 ditanam di atas tapak seluas sebesar 95 meter persegi di atas bumbung sebuah bangunan di kompleks tersebut.

Projek menanam padi atas bumbung itu dilancarkan Kerajaan Negeri pada Disember tahun lalu dengan membina tiga lapis bumbung di atas bangunan untuk tujuan tersebut.

Kakitangan MADA ditugaskan menjayakan projek tersebut dengan kaedah penanaman semaian basah.

source:http://www.kedah.gov.my/warta/bil10/wisma10.htm

No comments: