Thursday, October 14, 2010

Pertanian menegak berpotensi dimajukan

2010/10/13
MENGIKUT statistik diberi pengusaha, hasil sarang burung kini menyumbangkan RM1 bilion kepada pendapatan negara dan meningkat RM5 bilion menjelang 2015.

Perkembangan industri sarang burung hanya bermula sekitar 1990-an dan sedikit lewat berbanding negara jiran. Bagaimanapun, ia kini berkembang pesat. Industri ini juga memberi sumber pendapatan kepada lebih 8,000 pengusaha membabitkan kira-kira 400,000 sarang burung di seluruh negara. Apapun, kejayaan industri sarang burung ini perlu dicontohi.
Kejayaan industri ini mengingatkan saya terhadap potensi sama yang boleh dikembangkan dalam sektor lain seperti pertanian dalam bangunan secara besar-besaran untuk menghasilkan sayuran berkualiti yang boleh dieksport ke Asia dan Timur Tengah.

Kini negara terbabit mengimport kebanyakan makanan dan bahan minuman mereka dari Eropah seperti Austria.

Kita juga tidak boleh menolak kemungkinan untuk mengusahakan pertanian menegak di Malaysia, iaitu sesuatu kaedah pertanian yang dikatakan memberikan harapan baru kepada dunia untuk persediaan pada masa akan datang.

Contohnya, bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid pernah mengambil inisiatif menjayakan penanaman padi di atas bumbung yang suatu ketika dianggap tidak praktikal oleh banyak pihak, namun ternyata pada hari ini kaedah berkenaan boleh dilaksanakan dengan teknologi maju.
Kemajuan dalam teknologi pertanian juga memberikan peluang kepada penduduk bandar untuk mengusahakan pertanian di bandar dalam kawasan terhad dan ia suatu kegiatan yang baik untuk orang bandar dari segi jasmani dan rohani.

GOH HOE HOE,
MCA Kepong
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pertanianmenegakberpotensidimajukan/Article

No comments: