ARKIB : 22/11/2010
PERTAHANAN negara adalah satu aspek terpenting dalam pentadbiran negara, selain aspek ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi. Sun Bing pengasas seni pertahanan Sun Tze telah menerangkan hukum ini dengan jelas dalam bukunya.
Kegawatan Ekonomi 1997 juga telah membawa perutusan yang penting iaitu sesebuah negara dapat dimusnahkan tanpa serangan ketenteraan, jika negara ini tidak mampu mengurus ekonomi dan kesejahteraan rakyat dengan bersungguh-sungguh.
Setiap rakyat menyumbang terhadap pertahanan negara. Tanpa asuhan ibu bapa dan didikan guru, mampukah seseorang askar menjadi dewasa untuk mempertahankan negara?
Tanpa penglibatan orang ramai dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan, mampukah pihak angkatan tentera mendapat bekalan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
Berdasarkan fakta-fakta tersebut, maka tidak boleh kita membuat kesimpulan bahawa yang tidak bertugas sebagai askar kurang taat kepada negara.
Kita harus memberikan penghargaan tinggi kepada anggota tentera negara atas usaha dan pengorbanan mereka untuk mempertahankan tanah air.
Setiap tahun beratus-ratus juta dibelanjakan untuk membiayai kos operasi dan pembangunan pertahanan negara, namun wang yang dibelanjakan ini mendatangkan pulangan yang tinggi.
Kesukaran untuk menarik kaum muda untuk menyertai pasukan pertahanan wujud di banyak negara.
Untuk mengatasi masalah ini ada negara mewajibkan rakyatnya untuk berkhidmat sebagai askar untuk satu jangka masa tertentu selepas genap usia 21.
Ada juga membenarkan pendatang asing untuk berkhidmat sebagai tukang masak, mekanik, ahli muzik dan ahli sains dalam angkatan tentera mereka.
Untuk menggalakkan lebih ramai pemuda negara untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia adalah penting bagi kementerian dan agensi kerajaan untuk memberitahu mereka dengan jelas, kerjaya ini sangat mencabar, bermakna dan mempunyai ganjaran yang tinggi.
Semasa berkhidmat dengan tentera, seseorang anggota menerima pelbagai latihan seperti latihan fizikal, latihan kepimpinan dan latihan kemahiran yang istimewa.
Anggota angkatan tentera yang cemerlang juga dihantar ke luar negara untuk menerima latihan khas dan menjalankan penyelidikan.
Kesimpulannya berkhidmat sebagai anggota tentera adalah sesuatu yang dibanggakan dan bermakna kerana dapat memainkan peranan penting untuk mempertahankan negara dan mendorong inovasi dan transformasi negara.
GOH HOE HOE
Kepong, Kuala Lumpur
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment