Sebagai seorang anak negeri Pulau Pinang saya berasa tersangat sedih
dengan pemergian bekas ketua menteri Pulau Pinang Tun Dr.Lim Chong Eu
, namun saya berpendapat jasa baik Tun Dr.Lim Chong Eu akan
dikenangkan oleh rakyat untuk selama lamanya.
Tun memang salah seorang tokoh politik yang cermerlang di Malaysia ,
tak bercakap sangat banyak , pandai merancang ,rajin bekejra dan
banyak menyumbang kepada proses pembanguna Indastri di Malaysia.
Tun menunjukan teladan yang baik kepada rakyat , menunjukan bahawa
Kerajaaan Parti Pembangkang juga boleh befungsi dengan baik jika
pemimpin nya berfikiran mantang. Berlainan dengan pemimpin parti
pembangkan yang lain ,Tun Lim terus bekerja keras untuk menarik
pelabur asing untuk mendirikan perindustrian eletronik di Pulau
Pinang selepas Parti Gerakan Malaysia mengambil alih kuasa dari
Perikatan pada tahun 1969.
Penubuhan kilang Eletronik di Pulau Pinang adalah sesuatu yang banyak
memanfaatkan negara kita, selain daripada memberikan peluang pekerjaan
kepada
pekerja tempatan ,Industri ini juga membawa kesan penganda (mutiplying
effect)kepada ekonomi negara khasnya menjadi pemangkin kepada industri
aliran bawahan( downstream industri).Kilang kilang tersebut juga telah
memberikan sumbangan yang besar dalam pemindahan teknologi dan
peningkatan kemahiran orang tempatan.Saya adalah salah seorang yang
menerima manafat daripada skim peningkatan kemahiran yand disediakan
oleh National Semiconductor(NS) .
Pada waktu 80an peluang untuk melanjutkan pendidikan adalah terhad di
negara kita , tetapi bagi kami yang bekerja untuk National
Semiconductor , peluang keeemasan terbuka kepada kami yang berusaha.
Waktu l bekerja dengan NS saya
mengikuti Program Diploma Eletronic City and Guild yang dikendalikan
oleh NS. Dan selepas menamatkan pelajaran ini , mendapat biasiwa oleh
kerajaan Jepun untuk menjalani latihan teknikal khas di Jepun.
Saya akan mengenangkan jasa baik Tun Dr. Lim Chong Eu kerana beliau
yang membawa harapan kepada rakyat pulau pinang.
Saya cuma berpeluang untuk berjumpa Tun Dr.Lim sekali sahaja , tetapi katanya
memberikan kenangan yang mendalam kepada saya. Mengikut Tun Dr.Lim
Chong Eu Pelaburan Industri
di negara adalah penting kerana memberikan kesan penganda kepada
ekonomi negara, pengajian 1000 orang pekerja kilang akan memberikan 6
kali kesan penganda , kerana dengan adanya pendapatan akan wujud
permintaan terhadap makanan,perumahan , pakaian , hiburan dan sebagai
nya. Sungguh pun Tun Dr.Lim sudah meningga jasa baiknya akan
diingatkan oleh kita untuk selamalamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment