GOH HOE HOE
Kerja pembinaan empangan Bakum sudah sampai ke peringkat hujung dan stesen jana elektrik Bakun dijangka akan mula beroperasi tidak lama lagi. Apakah implikasi projek janakuasa Bakun yang mampu menjana 2400 megawatt apablila beroperasi penuh kepada kita?
Adakah ini satu penanda yang menunjukkan bahawa kita mula menjejak langkah ke arah Model Baru Ekonomi (MBE) yang antaranya mementingkan daya inovatif dan kreatif sebagai langkah untuk meningikan taraf hidup rakyat?
Sebagaimana yang kita semua tahu tenaga adalah merupakan unsur yang penting dalam kehidupan harian , khasnya bagi negara pembuatan utama dunia seperti Malaysia.
Untuk makluman salah satu tarikan Malaysia kepada pelabur asing adalah perkhidmatan bekalan eletrik negara yang bukan sahaja murah tetapi juga paling stabil. Tarif elektrik Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini akibat subsidi jumlah besar yang dibiayai oleh kerajaan ke atas bahan api.
Tetapi masa kita dalam keadaaan selesa kita pun mesti ingat panjang panjang, kita tidak boleh bergantung selama-lamanya kepada subsidi. Perpatah Cina ada mengatakan 'jangan korek perigi hanya pada saat dahaga'. Kita perlu cari alternatif untuk mengelakan kita dari kegawatan, supaya negara dapat terus berkembang.
Pembinaan projek hidro-elektrik memang adalah sesuatu yang dilaksanakan berdasarkan prinsip pembangunan berterusan (sustainable) dan teknologi hijau. Air adalah merupakan sumber tenaga yang boleh diperbarui, kerana hujan turun sepanjang tahun di negara kita.
Dengan siapnya projek Bakun, kadar elektrik yang murah dan stabil dapat dibekalkan di sini dan menarik pelabur asing dan tempatan untuk mendirikan industri. Ini seterusnya dapat menjana peluang pekerjaan dan menambah pendapatan negara.
Selain daripada itu empangan Bakun juga dapat berfungsi sebagai pencegah banjir pada waktu monsun melalui sistem pengawalan airnya. Ini adalah baik untuk petani dan penghuni yang duduk di sekitanya.
Memang Projek hydroletrik Bakun adalah projek yang dilaksanakan dengan belanjawan yang sangat tinggi dan memgambil masa yang sangat panjang.Namun ia adalah projek yang boleh mendatangkan keuntungan kepada rakyat dan Negara .Kalau kerja pemindaan semula penduduk yang menetap dikawasan bakun dilakukan secara teratur , maka kaum ethik yang selama ini duduk dikawasan pinggir dapat dialirkan ke arus utama pembangunan . Kita tidak boleh ingat yang kaum etnik sana mesti amalkan pertanian pindah untuk selama lamanya , mereka seperti kami juga memerlukan kemajuan , generasi muda di sana juga mengharapkan masa depan yang selesa , ceria dan terjamin.
Bagi Negara pembuatan dunia seperti Malaysia bahan mentah untuk perkilangan seperti Keluli , Slicon dan Aluminium adalah merupakan barangan strategic . Tanpa barangan barangan ini aktiviti perkilangan akan tergendala, dan seterus nya menyebabkan kegawatan. Pembinaan kilang aluminium dan silicon di Sarawak harus lah disambut dengan perasaan yang ria dan gembira, kerana ia bukan sahaja dapat memastikan barangan strategic untuk akitiviti itu cukup malah juga dapat menambahkan pendapatan Negara.
Cuba kita bayangkanapa akan jadi kalau negara kita kurang besi dan aluminum , impak nya memang banyak dan panjang mahu ceritakan, tetapi impak pertama ialah industri pembinaan tentu akan tergendala, dan setrusnya membawa kesan negatif kepada industri perkilangan , pengannguran naik huru hara terjadi.
Untuk Makluman, dengan kemunculan Negara china sebagai kuasa Ekonomik Kedua , permintaan Negara ini terhadap bahan mentah seperti keluli , petroleum dan aluminium akan meningkat dan memberikan saingan kepada Negara industry utama lain seperti Malaysia untuk memperolehi bahan mentah .
Upama nya satu cabaran yang kini berhadapan dengan kilang pembuatan besi Malaysia ia lah kesukaran untuk memperolehi scrap untuk pembuatan besi , kerana kerajaaan china telah mengenakan sekatan untuk mengeskpot Scrap ke luar Negara. Kerajaan China juga mengenakan cukai yang sangat tinggi keatas Ingot besi yang diekspot. Sebahagian besar daripada ingot untuk pembuatan besi di Negara Asia Tenggara Malaysia adalah dimpot dari Negara China. Apakah cara untuk mengelakan Negara dari
Keadaan yang rumit , jawapan nya ialah memperkembangkan Kapasiti pengeluaran kilang besi dengan mendirikan lebih buah blast furnace (Dapur lebur Besi).Dan ini bermaksud permintaan terhadap tenaga akan bertambah.
Pentabir Negara yang bijaksana selalu memantau keadaan pasaran antarabangsa supaya boleh menyediakan payung sebelum hujan turun . Pentabir Negara yang bijaksan selalu berusaha untuk menerokai lebih banyak telaga untuk mengelakan Negara dari kehausan.
Kerajaan yang cekap bukan sahaja mengambil berat terhadap kehidupan harian rakyat, tetapi juga mampu merancang dengan cara yang kreatif dan innovative untuk memastikan negara dapat terus berkembang dalam zaman yang penuh dengan saingan dan ketidakpastian.
Kita amat berharap penjaanan kuasa hidroletrik bakun akan bermula dengan lancar dan setrus nya mendorong Negara Kita ke dimensi yang lebih tinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment