Kerja pembinaan empangan Bakum sudah sampai ke peringkat hujung dan stesen jana elektrik Bakun dijangka akan mula beroperasi tidak lama lagi. Apakah implikasi projek janakuasa Bakun yang mampu menjana 2400 megawatt apablila beroperasi penuh kepada kita?
Adakah ini satu penanda yang menunjukkan bahawa kita mula menjejak langkah ke arah Model Baru Ekonomi (MBE) yang antaranya mementingkan daya inovatif dan kreatif sebagai langkah untuk meningikan taraf hidup rakyat?
Sebagaimana yang kita semua tahu tenaga adalah merupakan unsur yang penting dalam kehidupan harian , khasnya bagi negara pembuatan utama dunia seperti Malaysia.
Untuk makluman salah satu tarikan Malaysia kepada pelabur asing adalah perkhidmatan ekalan eletrik negara yang bukan sahaja murah tetapi juga paling stabil. Tarif elektrik Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini akibat subsidi jumlah besar yang diberikan oleh kerajaan ke atas bahan api.
Tetapi masa kita dalam keadaaan selesa kita pun mesti ingat panjang panjang, kita tidak boleh bergantung selama-lamanya kepada subsidi. Perpatah Cina ada mengatakan 'jangan korek perigi hanya pada saat dahaga'. Kita perlu cari alternatif untuk mengelakan kita dari kegawatan, supaya negara dapat terus berkembang.
Pembinaan projek hidro-elektrik memang adalah sesuatu yang dilaksanakan berdasarkan prinsip embangunan berterusan (sustainable) dan teknologi hijau. Air adalah merupakan sumber tenaga yang boleh diperbarui, kerana hujan turun sepanjang tahun di negara kita.
Dengan siapnya projek Bakun, kadar elektrik yang murah dan stabil dapat dibekalkan di sini dan menarik pelabur asing dan tempatan untuk mendirikan industri. Ini seterusnya dapat menjana peluang pekerjaan dan menambah pendapatan negara.
Selain daripada itu empangan Bakun juga dapat berfungsi sebagai pencegah banjir pada waktu monsun melalui sistem pengawalan airnya. Ini adalah baik untuk petani dan penghuni yang duduk di sekitanya.
Kerajaan yang cekap bukan sahaja mengambil berat terhadap kehidupan harian rakyat, tetapi juga mampu merancang dengan cara yang kreatif dan innovative untuk memastikan negara dapat terus berkembang dalam zaman yang penuh dengan saingan dan ketidakpastian.
Penulis adalah ahli jawatankuasa MCA Kepong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment